loading...
loading...

Komen penuh Ally Iskandar ceraikan isterinya..


Ally Iskandar mengesahkan telah bercerai talak satu dengan isterinya, Nurfarahin Romli pada 17 Ogos lalu.
Ally menerusi status di laman Facebooknya pada Jumaat menjelaskan lafaz cerai itu dibuat dihadapan Hakim Syarie, Azeeman Omar di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.
“Kenyataan rasmi ini saya kemukakan sebagai maklum balas kepada pertanyaan pihak media dan spekulasi yang berlegar di media sosial tentang situasi rumah tangga saya dengan Nurfarahin.
"Permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 1984 telah difailkan dengan persetujuan Nurfarahin,"
“Terlebih dahulu saya memohon berbanyak maaf kerana tidak memberi respons secara terus kepada semua yang telah menghubungi saya, dengan harapan tindakan saya ini ditanggapi sebagai keperluan untuk menenangkan keadaan,"
“Alhamdulillah, urusan ini disempurnakan dalam keadaan lancar.
“Biarpun tiada lagi ikatan perkahwinan, hubungan saya dan keluarga dengan Nurfarahin serta ahli keluarganya tetap baik.
“Terima kasih kepada semua pihak yang cakna dan mengambil berat tentang situasi ini. Saya pohon agar kalian dapat mendoakan yang terbaik untuk kami,” ujarnya.

Ally atau nama sebenarnya Ally Iskandar Mohd Mardzi, 40 dan Farahin bernikah pada 20 Januari 2012 dan dikurniakan anak perempuan, Maream Esabel, 2 tahun. -mStarOnline

Previous
Next Post »
loading...