loading...
loading...

Tiada Kepuasan Sebagai Lelaki Kalau Beristeri Sikit - Kata Datuk RED

Tak cukup lagi nampaknya dengan dua bini, katanya suami pada Adira mahu tambah lagi kuota isteri dalam masa dua tahun lagi.
Tak tahulah apa lagi yang tak cukup pada Adira dan isteri pertamanya, DS Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red katanya belum puas beristeri.
Memang tak salah berbini banyak jika sudah mampu.., tapi kalau berkahwin lebih dari satu hanya semata-mata kerana nafsu, itu sudah lari dari konsep berpoligami.
Tambah-tambah pulak jika lelaki berkahwin lebih hanya bertujuan menunjuk-nunjuk dan berbangga. Mungkin itu bukan niat Datuk Red, tapi siapa tahu kann..
Datuk Red, 38, berkata sudah menjadi lumrah lelaki sepertinya tidak pernah puas dengan apa yang mereka ada, merangsang beliau beristeri empat pada usia 40 tahun.
“Lelaki memang tidak pernah puas. Macam perniagaan, saya tidak puas. Impian saya, saya hendak kahwin empat sebelum umur 40.
“Saya hendak buat versi baru [pelawak] Salih Yaacob. Kalau Salih, mungkin nombor satu sudah tua. Tetapi saya, [isteri] nombor satu masih 30, bergetah lagi.
“Mungkin isteri nombor tiga atau empat ini, isteri pertama dan kedua akan pinangkan. Gempak, tidak?” katanya kepada media.
Datuk Red, bernikah diam-diam penyanyi Siti Adira Suhaimi pada Disember lalu selepas hampir sedekad mendirikan rumah tangga bersama Syarifah Norshafila Hassim.
Memiliki lima orang anak, termasuk dua daripada perkahwinan sebelum itu, pemaju hartanah ini bakal menimang seorang lagi cahaya mata apabila penyanyi Dewi Cinta disahkan hamil 10 minggu.
Selain berhasrat beristeri empat, tambah Adnan, beliau juga berhasrat dikurniakan 20 orang anak dan, jika boleh, separuh daripadanya lelaki.
“Saya sasar 20 orang anak. Bin Adnan saya hendak 20 orang. Impian saya dalam 20 itu, mungkin 10 orang lelaki.
“Apabila saya meninggal, saya hendak mereka pikul saya. Tetapi sekarang baru tiga anak lelaki,” katanya.
Adnan tidak meletakkan ciri-ciri khusus wanita yang mahu menjadi bakal isterinya, cukup sekadar mereka menghormati madu sendiri.
Katanya, wanita berkenaan juga perlu patuh pada arahan suami dan tidak cenderung pada pandangan sendiri.
“Saya hendak isteri ketiga hormat nombor satu dan nombor dua, sudah cukup. Itu yang saya hendak.
“Isteri ketiga perlu patuh sebab dia nombor tiga. Kalau saya suruh cuti, kena cuti. Perempuan tersebut tidak payah selindung kerana saya tahu semuanya..” kata Datuk Red.
Previous
Next Post »
loading...