loading...
loading...

Brunei arah henti jualan 2 produk Qu Puteh

Kementerian Kesihatan Brunei mengarahkan kedai dan peruncit atas talian berhenti menjual beberapa produk kesihatan dan kosmetik selepas mendapati ia mengandungi bahan berbahaya.
Ini termasuklah dua produk popular Malaysia Qu Puteh.
Kementerian itu dalam kenyataan semalam berkata, produk terbabit telah diuji di Bahagian Kawalan Anti Dadah di bawah Jabatan Perkhidmatan Farmasi negara itu, lapor The Brunei Times.
Dua produk Qu Puteh itu adalah Qu Puteh Kosmetik Whitening Pro 9 cream dan Qu Puteh Kosmetik Whitening UV Block.
Satu lagi produk adalah Chantique Beauty Slimming Herbal.
Menurut kementerian itu, disebabkan mengandungi bahan terlarang, produk terbabit tidak dibenarkan diimport atau dijual di negara berkenaan.
Malaysiakini masih cuba mendapatkan maklum balas daripada pengasas produk Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman mengenai perkara itu.
Previous
Next Post »
loading...