loading...
loading...

(Video) Laporan Akhir Siasatan MH17 Dari "Dutch Safety Board"




Pesawat penerbangan MAS, MH17 telah ditembak di timur Ukrain oleh satu misil 'Buk' buatan Rusia, kata Lembaga Keselamatan Belanda pada Selasa di dalam laporan terakhir siasatan insiden MH17.

Bagaimanapun, laporan yang memakan masa selama 15 bulan itu tidak menyebut siapa yang bertanggungjawab melepaskan misil berkenaan.

Bercakap di sidang media di Gitze-Rijen hari ini, Tjibber Joustra, pengerusi Lembaga Keselamatan Belanda, menunjukkan satu animasi di saat-saat terakhir pesawat MH17. Misil terbabit ditembak ke arah sebelah kiri pesawat - bahagian kokpit - yang membunuh juruterbang dengan serta merta.

Joustra juga berkata, pihak berkuasa Ukrain gagal menutup ruang udaranya kerana menganggap pesawat awam tidak dianggap berisiko untuk terbang di kawasan itu.

Hasil siasatan, 160 pesawat terbang di timur negara terbabit selepas tragedi terbabit, tambahnya.

Di dalam sidang media tersebut, pesawat MH17 turut 'dibina kembali' menggunakan serpihan-serpihan yang ditemui di lokasi ia terhempas.

Rakaman penuh sidang media yang baru berlangsung itu dimuat naik oleh agensi berita AFP





Previous
Next Post »
loading...